Rajah 1 Paradigma perkembangan media pengajaran.
Audio-Visual Kawalan Guru
- Bersifat media gabungan yang paling banyak dan lengkap dan membolehkan pelajar-pelajar menerima maklumat dengan efektif dan sistematik. Seperti contoh:
- Gambar dan Perkataan
- Youtube
- VCD
- Lagu
Alatan Komunikasi
- Alat digunakan sebagai bahan untuk menyampaikan pengajaran dengan sistematik bagi tujuan ulangkaji dan PDPR seperti:
- Televisyen : Didik TV, Astro Tutor TV, dan sebagainya.
- Komputer : Memudahkan guru menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk teks grafik, audio, visual, slide pembentangan dan juga membantu murid dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan teknologi, seperti E-learning dan Frog VLE.
- Telefeon Pintar : Pengajaran dan Pembelajaran secara online melalui aplikasi Telegram, Google Meet, Facebook, dan What Apps.
Integrasi Sistem Pembelajaran
- Penggunaan ICT merupakan asas dalam perlaksanaan secara meluas dalam pendidikan di Malaysia.
- Sebagai alat pemudah komunikasi yang membolehkan guru dan murid yang berbeza lokasi untuk menghantar dan berkongsi maklumat. Pembelajaran secara Koperatif dan Kolaboratif mendorong penglibatan secara aktif.
- Teks
- Grafik
- Audio
- Video
Sumber Pembelajaran
- Buku teks menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran utama dalam pendidikan. Guru perlu bijak menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi kandungan buku teks.
- Nota yang diperoleh di dalam buku teks boleh disampaikan dalam bentuk video, grafik, dan slide pembentangan.
- Bahan rujukan lain juga boleh didapati daripada jurnal, artikel, dan buku ilmiah.
- Guru perlu memastikan rujukan internet diambil mengandungi isu kandungan yang tepat sebelum berkongsi dengan pelajar.