FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI APLIKASI MEDIA PENGAJARAN

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI APLIKASI MEDIA PENGAJARAN


Objektif pembelajaran di dalam kelas akan mempengaruhi pemilihan media pengajaran yang sesuai mengikut tajuk yang diajar.

Contohnya
Guru tahun 1 ingin mengajar murid tahun 1 menguasai abjad dan nombor. Oleh itu guru tersebut menggunakan kad imbasan atau gambar.


Proses pembelajaran di dalam kelas boleh berjalan seperti biasa tanpa pengajaran daripada guru itu sendiri tetapi boleh di bimbing melalui pereka media.

Contohnya: 
Guru kelas A tidak dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru tersebut perlu menghantar pelajar ke pertandingan Debat peringkat negeri. Maka guru kelas A di bimbing oleh pereka media dan pengunaan jenis ini di kenali sebagai pengajaran kendiri




Ramai yang beranggapan bahawa dengan perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej yang mana seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Walaubagaimanapun, penggunaan oerkataan yang di sertakan dengan simbol atau gambar yang lebih konkrit maknanya lebih berkesa . Dalam era globalisasi ini, penggunaan lebih menarik dengan penggunaan tambahan seperti animasi, bunyian dan muzik.

Contohnya: 
Penggunaan abjad dan nombor kepada murid tahun 1 di sertakan dengan gambar atau simbol dengan berkesan.  Ia akan lebih berkesan dan menarik dengan penggunaan animasi, bunyi dan muzik


Kurikulum dan bahan pengajaran di tentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, di tambah dengan keadaan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan adanya media pengajaran kerana kemampuan dalam memberi rangsangan serta pengalaman dan persepsi yang sama. Belajar berulangkali dapat membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat mengenai sesuatu konsep atau prinsip


Aspek yang penting dalam pemilihan media pengajaran ialah mengetahui ciri-ciri pelajar. Gaya pembelajaran dapat di tafsirkan sebagai cara yang paling selesa bagi seseorang mempelajari sesuatu. Terdapat 3 gaya pembelajaran iaitu visual, auditori dan kinestetik.


Persoalan yang sering kali timbul, adakah media pengajaran yang ingin digunakan oleh guru mudah di perolehi? Guru yang ingin melaksanakan sesuatu media dalam bilik darjah perlu mengambil kira keadaan sebenar. 

Contohnya: 
Guru ingin mengajar menggunakan kemudahan yang di perlukan bagi menyokong aplikasi media pengajaran yang berkesan kepada muridnya seperti penggunaan laptop kepada murid di dalam kelas seramai 35 orang


Pemilihan media pengajaran juga bergantung kepada kaedah mengajar yang di gunakan. 

Contohnya: 
Jika kaedah mengajar melibatkan keseluruhan kelas, mungkin TV atau radio boleh disiarkan untuk di ditonton atau di dengar oleh semua pelajar di dalam kelas. Sebaliknya, jika kaedah mengajar memerlukan setiap pelajar terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran, lembaran kerja mungkin diedarkan untuk pelajar supaya membuat latihan. Sebaliknya juga, jika pendidikan jarak jauh di gunakan, bahan pembelajaran secara kendiri perlu di sediakan untuk membolehkan pelajar mengikuti pelajran secara bersendirian dan guru memaikan peranan sebagai fasilitator.