Kon Pengalaman Pembelajaran (Dale,1965)
Proses pembelajaran yang baik tidak hanya menumpu pada satu aspek sahaja. Malahan pelbagai kaedah pengajaran merupakan faktor utama dalam menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu.
oleh itu, Kon Pengalaman Pembelajaran Dale merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran supaya pelajar dapat memahami dengan mendalam mengenai apa yang cuba disampaikan.
1) Pengalaman Sukar : Pelajar berusaha untuk mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik ke dalam bentuk konsep, teori, idea.
2) Pengalaman Konkrit : Pelajar melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. pelajar perlu berfikiran terbuka, mudah beradaptasi, intuitif dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.
3) Pengalaman Mudah : Melibatkan peringkat pemerhatian,pelajar bertindak sebagai pemerhati terhadap peristiwa sebenar.
4) Pengalaman Sebenar : Pelajar belajar melalui pengalaman sebenar dengan penglibatan secara langsung. contohnya, membuat amali solat, pelajar tahu tentang rukun-rukun dan amali perlakuan.
5) Pengalaman Buatan : Pelajar belajar sesuatu topik dengan membawa peranan atau lakonan. Mereka meniru sesuatu tingkah laku yang terdapat dalam sebuah sketsa.
6) Video : Merupakan media berbentuk simulasi iaitu gabugan antara gambar, audio dan imej bergerak yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan.
7) Visual : Dalam bentuk boleh dilihat dan digambarkan. model pembelajaran visual diserap melalui informasi dan apa yang dilihat dengan mata. pelajar visual akan mudah memahami dalam bentuk gambar berbanding tulisan.
8) Teks/Lisan : Memahami sesuatu perkara dengan melihat teks dan tulisan.Pembelajaran berlaku hasil daripada penyampaian guru secara lisan dan dan bacaan dari pelajar.